28 August 2013

APAKAH KITA MASIH BELUM BERYUKUR????

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, kita bangun hari ini dengan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T.  bersyukur kerana kita masih dipanjangkan umur, masih sempurna sifatnya dan insan tersayang juga sentiasa bersama kita.

Kehidupan kita hari ini dipenuhi corak warna- warni kehidupan. Ada kalanya  kehidupan kita ceria diwarnai segala rezeki dari Allah, adakalanya juga kita diuji dengan ujian.  Ketika kita dilimpahi rezeki dari Allah S.W.T. kita sering leka , terus mengharungi kehidupan tanpa kita memikirkan apakah  ada kehidupan kita esoknya. Kita leka diulit mimpi indah  dengan nikmat rezeki yang Allah beri, tanpa rasa kekesalan terbit dijiwa, tanpa rasa keinsafan di hati. Pernahkah kita bertanya pada diri kita....pernahkah kita berhenti sejenak diperjalanan ini untuk bertafakur sebentar , bertanya pada diri sendiri, Allah hu Rabbi... saya juga terlalu asyik dengan kehidupan ini tanpa berhenti sebentar.... untuk berbicara dengan diri sendiri, berbicara dengan Allah,  Allah yang Maha Besar , Yang Maha Berkuasa, yang menjadikan diri kita serta alam ini.

Jika kita jarang sekali berbicara dengan Allah, marilah kita sama-sama bangun seawal pagi , bersihkan diri, wudhu dengan sesempurna wudhu dan berbicaralah dengan Allah. Hanya Allah yang kita ada di saat insan tersayang pun tidak memahami kita, di saat insan tersayang pun tidak dapat membantu kita... kembalilah kepada Allah... kerana dihujung hayat jua kita akan kembali padaNya. Berbicara kepada Allah , biar lahir dari hati yang tulus, menangislah... walau sukar untuk terbit rasa keinsafan dalam diri...... In Shaa Allah, apabila mataharimulai terbit dan memancarkan sinarnya.... kita akan lebih tenang...setenang air di tasik yang airnya menghijau walaupun didalam tasek itu dipenunuhi akan yang pelbagai.... itulah nikmat Allah... Walau gelodak dijiwa dipenuhi dengan pelbagai masalah.... rasa tak tertanggung semuanya untuk kita galas, tapi Allah tetap ada untuk membantu kita... serahkan sahaja kepada Allah dan Allah akan memberikan jawapannya....

Moga coretan suboh ini, dapat memberi manafaat kepada kita semua...Wassalam.


09 June 2013

Syukur atas nikmat Allah...

Alhamdulillah... kita amalkan  9'S yang pertama.
Bersyukur... terjaga dari tidur.. kita mengucapkan syukur kepada Allah. Kita dipanjang umur. Diberikan kesihatan pada hari ini...
Mungkin ada diluar sana, yang mana tidak boleh bangun di Suboh hari kerana serangan strok. Mungkin juga tidak terjaga .... kerana... telah menyahut Seruan Ilahi.
Betapa Kerdilnya.... diri ini.. rezeki yang Allah beri .. Sejauh mata memandang, seluas lautan yang tidak bertepi.... tapi hanya sekadar untuk mengucapkan Alhamdulillah... bagi setiap nikmat yang dikecapi hari ini... terlalu liat lidah untuk berkata...hanya untuk menucapkan Bismillahhirahmannirrohim... sewaktu memulakan satu-satu kerja... atau sekadar buka facebook... menaip post dalam fb juga kita terlupa....
Ya Allah Ampunkanlah... dosa kami....

28 May 2013

Kebocoran Wang.....?

Alhamdulillah , Allah panjangkan umur kita pada hari ini. Syukur dengan dengan segala nikmat yang diberi.

Segala Puji Bagi Allah. Hari ini cuba mengaplikasikan teknik "senaman simpan wang". Anda nak mencuba......Jom sama..... kita cuba.....Saya dapat ni dr Abang Abu. seorang motivator.... Jom.... But sri... tak boleh nak tunjuk kat sini, kerana senaman ini agak seksi sikit.....  DAPAT..........SIMPAN.........KELUAR..... DIULANG BANYAK KALI SEBAGAI PERINGATAN KEPADA DIRI. DIAMALKAN SETIAP PAGI.... He....he... boleh la cuba...

04 November 2012

Preparation for Class Basic Sulaman Manik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warrahmatullah.

Alhamdulillah, kelas sulaman manik dan langsir akan dimulakan pada cuti sekolah ini. Today saya sedang menyiapkan beberapa  jenis sulaman basic yang akan di ajarkan nanti.

Nota-nota juga sedang disiapkan. akan rumit juga cause ini first time buat nota.

Walau apa pun  tunggu dan lihat hasilnya. Wassalam.

04 September 2012

Crumble +highlight. batik

Salam, kali ini sedikit perincian crumble dan highlight dedaun di hujung lengan Batik yang masih belum sempat aku siapkan. Saya post dulu WIP untuk sebelah tangan.